Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu
perbualan antara seorang guru falsafah
dan pelajarnya.. .
pelajar: guru, apakah erti
cinta..?bagaimanakah saya boleh
mendapatkannya. ..?
guru: ada sebuah ladang gandum yang
luas
di depan sana. berjalanlah kamu dan
jangan sesekali kamu berundur. kemudian
ambillah satu ranting. sekiranya kamu
mendapati ranting tersebut sangat
menakjubkan, ertinya kamu telah menemui
cinta.
pelajar tersebut pun berjalan dan tidak
berapa lama dia kembali dengan tangan
yang kosong.
guru bertanya: mengapa kamu tidak
membawa sebatang ranting pun…?
pelajar menjawab: saya hanya terpaksa
memilih satu ranting saja, dan sewaktu
berjalan saya tidak boleh mengundur
kebelakang semula. sebenarnya saya
telah
berjumpa dengan satu ranting yang
paling
menakjubkan tapi saya tak tahu apakah
yang akan menakjubkan di hadapan sana
nanti, maka saya biarkan ranting itu
lalu saya dapati tidak ada lagi ranting
yang paling menakjubkan selain daripada
yang saya lihat tadi. jadi saya tidak
mengambil sebatang pun akhirnya.
gurunya menjawab: ye, itu lah cinta…
dihari lainnya pula pelajar tersebut
bertanya kepada gurunya, apa itu
perkahwinan. ..?
guru: ada hutan yang subur di depan
sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah
kamu sesekali mengundur kebelakang.
tebanglah sepohon pokok saja. dan
tebanglah jika kamu merasakan bahawa
pohon tersebut adalah yang paling
cantik,segar dan tinggi, kerana kamu
telah menemukan apa itu perkahwinan.
pelajar tersebut pun berjalan, dan
tidak
berapa lama, dia datang semula dengan
membawa sepohon kayu, walaupun pohon
tersebut tidaklah berapa segar, cantik
dan tinggi pada pandangan guru
tersebut.
maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu
memotong pohon seperti ini….?
pelajar itu menjawab: sebab,
berdasarkan
pengalaman ku sebelum ini, aku hanya
berjalan separuh daripada hutan
tersebut
dan aku takut akan kembali dengan
tangan
kosong. jadi saya mengambil kesempatan
menebang pohon ini lalu dibawa kesini.
pada pandangan saya ianya adalah pohon
yang terbaik buat saya. saya tidak mahu
kehilangannya atau menyesal kerana
tidak
memilihnya.. .
maka guru itu menjawab: itulah
perkahwinan. ……
Tamat….
Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih
cinta, ditakuti anda akan terlepasnya,
dan janganlah terlalu memilih jodoh,
terimalah pasangan anda dengan
seadanya.
Tidak ada manusia yang sempurna di
dunia
ini. Setiap insan pasti ada kelebihan
dan kekurangannya.
Wassalam…
